Wednesday, August 5, 2009

Virus H1N1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,476 termasuk 11 kematian.

574 (39%) merupakan kes import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,413 kes (96%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti rendah (1).

Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian.

No comments:

Post a Comment